Ads Top

Lima Kali Berpeluang Pergi Umrah, Aaron Aziz Luah Hasrat Mahu Laksanakan Ibadah Haji

Setelah lima kali berpeluang pergi umrah, pelakon popular Datuk Aaron Aziz meluahkan hasrat agar dia bersama isterinya dapat melaksanakan ibadah haji.

Aaron berkata, itu adalah merupakan antara impiannya pada tahun ini, meskipun jadual lakonannya ketika ini semakin padat.

“Selepas lima kali, buat Umrah kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tunaikan yang wajib. Ikutkan saya adalah rombongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Mekah sebelum pelaksanaan sekatan perjalanan kerana Covid-19.

“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri selepas hampir dua tahun tidak ke sana. Semoga akan ada rezeki untuk saya dan isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, meskipun sibuk sebagai seorang pelakon, Aaron berkata kini dia juga semakin selesa bergelar seorang ahli perniagaan.

Bukan sekadar mencari ruang mengukuhkan jenama The Oud by Aaron Aziz, Aaron juga berkata ia menjadi cara untuk membantu lebih ramai orang di luar sana untuk menambah pendapatan.

Bercakap mengenai produk The Oud by Aaron Aziz,  anak seni kelahiran Singapura ini turut melahirkan rasa syukur dengan penerimaan pengguna terhadap tiga produk di bawah jenamanya kini.

Malah apa yang paling membanggakan apabila The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.

“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance. 

“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan. Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah.

“Mungkin melalui strategi itu juga kami diberikan peluang untuk meraih anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop,” katanya.

Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, jelas Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd., dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri kini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan.

“Bila Nori Malaysia memberi ruang untuk saya muncul dengan wangian sendiri, saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya. Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.

“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka. Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,”jelasnya.

Mahu memastikan The Oud by Aaron Aziz terus menjadi pilihan penggemar wangian dari tanah suci, ketika ini kongsi Aaron dia juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.

“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance. Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.

“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati. Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi. Selain itu juga ke empat-empat wangian saya ini juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya. – KopiPlanet.com

The post Lima Kali Berpeluang Pergi Umrah, Aaron Aziz Luah Hasrat Mahu Laksanakan Ibadah Haji appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.