Ads Top

“Aduh Sakitnya Masih Terasa…” – Aishah Akui Cuba Elak Apabila Diminta Menjawab Mengenai Penceraiannya

Penyanyi popular Aishah menyatakan dia cuba untuk mengelak apabila ditanya mengenai penceraiannya, meskipun masih mampu kelihatan okey dan tersenyum.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, penyanyi itu mengakui ada wartawan yang cuba menghubunginya untuk bertanya tentang perkara tersebut.

“Hari ini terasa sedikit goyang… wartawan mencari I untuk interview mengenai perceraian I. Aduuuh sakitnya masih terasa.

“Walaupun I nampak ok dan tersenyum. I cuba elak di interview hanya utk bercerita tentang hal itu,” jelasnya.

Aishah berkata, perkara tersebut mula timbul ketika dijemput membuat persembahan di sebuah majlis anjuran sebuah akhbar popular.

Ujarnya, selepas selesai membuat persembahan, dia telah ditemubual oleh seorang wartawan akhbar berkenaan dan bercerita tentang banyak perkara sehingga status mengenai dirinya.

“Banyak kami bercerita tentang lagu baru, life I sekarang dan akhirnya timbul lah soalan status. Dan I menjawap dan mengakui yang I sudahpun diceraikan.

“I terpaksa jawap dan jelaskan kedudukan I. Ini penting untuk mengelakkan fitnah. Jadi, jangan ada pihak yang tuduh-tuduh sembarangan mengatakan I saja bercerita,” jelasnya.

Menurutnya, dia enggan memberikan sebarang komen apabila ada beberapa wartawan yang cuba menghubunginya serta menegaskan biarlah umum mengetahui dia sudah bercerai.

“Cukuplah public tahu kami dah bercerai. Kenapa, bila, mengapa dll tak perlulah diceritakan. Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dgn tenang.

“Yang dah lepas tu biarkanlah ia berlalu. Terima kasih teman-teman ,family dan peminat yabg mendoakan I dan anak-anak,” ujarnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post “Aduh Sakitnya Masih Terasa…” – Aishah Akui Cuba Elak Apabila Diminta Menjawab Mengenai Penceraiannya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.