Ads Top

Tiga Bulan Bertunang, Usop Akhirnya Kini Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah

Peserta Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat bernikah dengan gadis pilihan dan tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang dan disempurnakan oleh Ustaz Harun Idris (Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang) dan berwalikan Md Hashim Nordin yang juga bapa pengantin perempuan.

Usop berkata, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya dapat mendoakan kebahagian dirinya dan Nur Fatihah sehingga ke anak cucu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tetapi saya berharap agar dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, menyaksikan sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki.

Selain itu, pengantin perempuan juga menerima mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Dalam pada itu, Usop berkata buat masa ini dia dan isteri tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata serta ingin bina kehidupan berumah tangga terlebih dahulu.

“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan.

““Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

Usop Dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November lalu setelah dua tahun berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta. – KopiPlanet.com

The post Tiga Bulan Bertunang, Usop Akhirnya Kini Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.