Ads Top

Buat Tatu Siap Ada Tanduk Merah, Baby Shima Maklumkan Ia Hanya Sekadar Prank

Tindakan penyanyi popular Baby Shima memuat naik petikan video di Instagram yang menyaksikannya membuat tatu di bahu dengan ada tanduk merah ternyata mengejutkan ramai.

Malah, penyanyi itu juga telah menutup ruangan komen di posting video tersebut sambil meminta semua pihak menonton video penuh di akaun YouTube miliknya.

Bagaimanapun, menjengah video berkenaan di YouTube, ternyata apa yang dilakukannya itu hanyalah sekadar prank dan tatu yang dipakai itu adalah yang mudah dipadamkam

#Prank Shima ucap terimakasih banyak,” tulisnya di bahagian caption.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di YouTube, ternyata ramai yang terhibur dengan prank yang dilakukan oleh penyanyi yang semakin dikenali di Indonesia itu.

Malah, rata-rata peminatnya juga meluahkan rasa lega kerana menyangka Baby Shima memakai tatu yang betul. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan.

The post Buat Tatu Siap Ada Tanduk Merah, Baby Shima Maklumkan Ia Hanya Sekadar Prank appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.