Ads Top

Hantu Kuat Ketawa Berada Di Tangga Pertama Carta Astro First Selama Seminggu, Mawi Lega Dapat Respon Positif Penonton

Penyampai radio dan penerbit, Mawi meluahkan rasa gembiranya apabila filem kedua terbitannya, Hantu Kuat Ketawa berada di tangga pertama selama seminggu dalam carta Astro First.

Mawi berkata, ia merupakan satu perkembangan yang cukup positif buat dirinya selaku penerbit filem berkenaan yang menghasilkan filem bergenre seram komedi itu.

“Apa yang saya tahu filem ini berada nombor satu dalam carta Astro First selama seminggu. Cuma dari segi kutipan keseluruhan saya belum dapat sebarang maklumat lagi.

“Namun begitu, ia tetap menggembirakan saya kerana percubaan menghasilkan sebuah filem bercorak seram komedi ternyata membuahkan hasil,” ujarnya.

Filem Hantu Kuat Ketawa mengisahkan empat scammer yang dikenali ‘Engkau Scammer’ iaitu Amirul, Aminah, Datin Nilam dan Dato Nizam cuba melarikan diri serta bersembunyi di sebuah rumah inap di kawasan pendalaman.

Mereka sering mendengar suara ketawa dari rumah sebelah. Suara ketawa itu membuatkan mereka berasa seram. Banyak kejadian misteri berlaku sepanjang mereka berada di kediaman tersebut.

Dalam pada itu, Mawi menyatakan bahawa filem kedua arahannya itu juga telah mendapat maklum balas yang positif daripada penonton.

“Alhamdulillah… kebanyakan yang dah menonton kata mereka menggemari dan enjoy menonton filem ini. Ada juga segelintir yang mengkaji tentang mesej yang ingin disampaikan.

“Dengan kejayaan filem ini, saya memang dah berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak filem. Namun, tidaklah semuanya seram komedi kerana saya akan cuba dengan genre yang lain pula,” ujarnya.

Filem tersebut dibintangi beberapa artis popular tanah air seperti Saiful Apek, Syanie Hisham, Along Cham, Zarina Anjoulie, Anas Tahir dan Johan As’ari. – KopiPlanet.com

The post Hantu Kuat Ketawa Berada Di Tangga Pertama Carta Astro First Selama Seminggu, Mawi Lega Dapat Respon Positif Penonton appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.