Ads Top

Aliff Syukri Enggan Lagi Terlibat Publisiti Murahan, Mahu Jaga Imej Sebagai Ahli Korporat

Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia kini enggan lagi terlibat dengan publisiti murahan sehingga menjadi sasaran netizen.

Ujar Aliff, kini sudah tiba masanya untuk dia terus memberi fokus kepada perniagaan dan menjadi imej sebagai seorang ahli korporat.

“Sepanjang era pandemik ini, perniagaan saya memang sangat terkesan sehingga jualan turun sebanyak 40 peratus. Cuma rezeki saya tidak berhutang dengan bank atau berbelanja besar.

“Jadi, tumpuan saya sekarang adalah lebih kepada perniagaan. Lagipun minat nak beraksi di depan kamera untuk menghasilkan content tu dah tak macam dulu dan dah puas merasainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis malam penghargaan D’Herbs Terlajak Laris di One World Hotel Petaling Jaya yang berlangsung baru-baru ini.

Ujarnya, melihat kepada situasi banyak syarikat dan perniagaan yang telah gulung tikar juga membuatkan dia perlu berbuat sesuatu agar tidak mengalami nasib yang sama.

“Apabila melihat keadaan ini berlaku, saya sedar bahawa betapa sekarang ini rakyat memang berhadapan dengan situasi yang sukar akibat pandemik ini.

“Disebabkan itu saya dah kurangkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk di media sosial kerana perlu jaga sensitiviti dan sentiasa ingatkan diri supaya tidak barbuat demikian.

Dalam pada itu, Aliff menyatakan nasihat yang sering diberikan ibunya, Rozita Ibrahim juga banyak memainkan peranan untuk dia melalui fasa perubahan.

“Dahulu saya terlalu mementingkan populariti dan jumlah view di media sosial, sehinggalah ibu selalu memberikan nasihat kepada saya.

“Selain itu, keluarga juga merupakan faktor utama, apatah lagi anak-anak dah semakin membesar. Cukuplah dengan apa yang saya pernah rasai sebelum ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aliff Syukri Enggan Lagi Terlibat Publisiti Murahan, Mahu Jaga Imej Sebagai Ahli Korporat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.