Ads Top

“Ya Kami Dah Berkahwin…” – Sharifah Sakinah Tidak Dedahkan Perkahwinan Kerana Isu Peribadi & Berkaitan Agama

Pelakon popular, Sharifah Sakinah mendedahkan dia sudah pun berkahwin dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen.

Pendedahan tersebut dibuat menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya.

“Terima kasih rakan kongsi dan suami (ya kami dah berkahwin memandangkan ramai dah bertanya). 

“Jadi, kepada yang bertanya kenapa kami tidak umumkan perkahwinan, kerana ia berkaitan isu peribadi dan agama,” ujarnya.

Pada masa sama, Sakinah juga menyatakan agar tiada lagi mana-mana pihak yang bertanya memandangkan ia sudah pun diumumkan.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah bertunang sekitar bulan Mac 2021 yang disifatkan kakaknya, Sharifah Shahirah sebagai pertunangan ala gaya barat. – KopiPlanet.com

The post “Ya Kami Dah Berkahwin…” – Sharifah Sakinah Tidak Dedahkan Perkahwinan Kerana Isu Peribadi & Berkaitan Agama appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.