
Nabila Huda Akhirnya Telah Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pengacara Baharu Melodi
Pelakon popular Nabila Huda secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pengacara baharu rancangan hiburan Melodi.
Pengumuman tersebut telah dibuat secara langsung dalam program berkenaan sebentar tadi.
“Alhamdulillah rezeki jangan ditolak, Abil rasa dah bersedia untuk keluar dari zon selesa.
“Masa dapat tawaran tu saya masih tak sangka sampai sekarang. Selalunya saya yang masuk Melodi, tetapi kini tiba-tiba plak mengacara,” jelasnya ketika menjawab persoalan Awal Ashaari.
Nabila berkata, dia juga berasakan dua pengacara sebelum ini iaitu Awal dan Janna Nick telah melaksanakan tugas dengan baik.
“Abil rasa boleh jadikan korang (Awal & Janna) idola untuk Abil teruskan perjalanan sebagai pengacara Melodi ini,” ujarnya.
Awal dan Janna telah digandingkan bersama dalam rancangan Melodi sebagai pengacara sejak Januari 2020.
Sebelum ini, Janna juga pernah bergandingan dengan Ajak Shiro, manakala Awal pula sudah menjadi pengacara Melodi selama lapan tahun. – KopiPlanet.com
The post Nabila Huda Akhirnya Telah Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pengacara Baharu Melodi appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: