Ads Top

Sertai Jemaah Tabligh, Nash Ambil Pendekatan Tidak Mahu Hebohkan… Elak Timbul Sifat Ujub & Riak

Penyanyi rock terkenal tanah air, Datuk Nashrudin Elias atau Nash mengakui sudah empat tahun dia membabitkan diri dengan jemaah tabligh.

Nash berkata, dia memang mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan mengenai perkara tersebut.

“Sebenarnya memang dah lama saya menyertai jemaah tabligh, cuma baru-baru ini sahaja ada gambar yang tersebar di laman sosial.

“Cuma saya enggan hebohkan kerana tidak mahu bersandar kepada publisiti kerana risau timbul sifat ujub dan riak,” jelasnya.

Penyanyi berkenaan juga menyatakan tiada istilah penghijrahan terhadap dirinya dan dia masih lagi Nash yang sama.

Jelasnya, sejak bersama Lefthanded lagi kebanyakan lagu-lagu nyanyian mereka menerapkan nilai-nilai positif.

“Banyak lagu-lagu Lefthanded yang pengisiannya berunsurkan ketuhanan. Jadi, saya dah berdakwah sejak zaman Lefthanded lagi,” ujarnya.

Pada masa sama, Nash menyatakan masyarakat tidak perlu elak atau menjauhkan diri daripada golongan tabligh ini.

“Orang tabligh ini memberikan pendedahan kasih sayang dan tanggungjawab kita terhadap sunnah Rasulullah.

“Tabligh ini adalah pendekatan kita kepada masyarakat serta mahu mendedahkan bahawa indahnya Islam itu dan bukannya hendak memaksa,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Nash berkata dia baru sahaja melancarkan lagu berjudul Sesuci Ramadhan.

Jelasnya, lagi ciptaan Anjang Terra Rossa dan lirik dihasilkan oleh AJ itu hanya siap dirakamkan menjelang bulan Ramadan.

“Saya merakamkan Sesuci Ramadhan kerana tidak banyak lagu yang dicipta khas untuk bulan ini berbanding lagu-lagu untuk Aidilfitri.

“Jadi, saya berharap agar lagu ini akan terus berkemundang di sepanjang bulan yang mulia ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Sertai Jemaah Tabligh, Nash Ambil Pendekatan Tidak Mahu Hebohkan… Elak Timbul Sifat Ujub & Riak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.