Ads Top

Produksi Anak Sena Tidak Lakukan Sebarang Kerosakan Ketika Penggambaran, Ikut SOP Yang Ditetapkan

Produksi drama Anak Sena yang menjalankan penggambaran di Taman Negara, Pahang baru-baru ini menafikan telah melakukan sebarang kerosakan hutan.

Penerbitnya, Jaja Ishak yang mewakili Kembara Sufi Production berkata, sepanjang 12 hari berada di lokasi itu, mereka telah dipantau oleh pihak agensi kerajaan yang terlibat serta mengikut SOP.

“Penggambaran drama ini mengikut prosedur dan kami juga ada surat kebenaran. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, beberapa masyarakat Orang Asli juga turut berada sepanjang masa di set penggambaran.

“Jadi dakwaan ada kerosakkan hutan yang berlaku ketika penggambaran berlaku memang tidak betul,” jelasnya.

Jaja berkata, dia tidak menafikan bahawa ada pihak yang membuat aduan sehingga beberapa pegawai agensi kerajaan telah datang ke lokasi penggambaran drama berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

Ujarnya, dia sendiri tidak mengetahui apa motif aduan berkenaan dibuat oleh pihak berkenaan.

“Selepas dijelaskan dan melihat sendiri suasana penggambaran sehingga kini tiada lagi perkara berbangkit.

“Lagipun di pihak produksi, kru yang terlibat akan diberikan penerangan setiap hari. Malah saya juga sangat tegas soal disiplin sepanjang penggambaran di lakukan,” katanya.

Drama terbitan Kembara Sufi Production yang akan disiarkan sebanyak lapan episod di TV3 itu mengisahkan tentang pengorbanan seorang guru dalam membimbing anak masyarakat Orang Asli.

Ia membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Ben Amir, Ruzaidi Abd Rahman, Hadi Putra, Lan Siro, Shasha Abedul, Farah Ahmad, Nadia Aqilla
dan Azwan Ali. – KopiPlanet.com

The post Produksi Anak Sena Tidak Lakukan Sebarang Kerosakan Ketika Penggambaran, Ikut SOP Yang Ditetapkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.