Ads Top

Pernah Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Kini Nadia Mahu Dikenali Menerusi Lagu Insaf Setelah Diuji Dengan Penyakit Strok Otak

Tidak dinafikan, nama penyanyi Nadia Ali sememangnya cukup sinonim dengan lagu yang pernah menaikkan namanya iaitu Salam Untuk Kekasih.

Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa penyanyi berkenaan pernah diuji dengan penyakit strok otak enam bulan lalu.

Setelah keadaannya bertambah pulih, Nadia kini telah muncul dengan sebuah single baharu yang diberi judul Insaf yang telah dilancarkan.

“Sekiranya saya ditakdirkan meninggal dunia akibat penyakit itu, pasti orang akan mengingati saya dengan lagu Salam Untuk Kekasih.

“Kini dengan kelahiran lagu terbaharu saya iaitu Insaf, saya mahu orang ramai terutama peminat mengenang diri saya kerana lagu ini,” ujarnya.

Menceritakan tentang detik-detik ketika diserang penyakit berkenaan, Nadia berkata ia terjadi ketika dia menjayakan sebuah program radio secara strim.

Ujarnya, ketika itu dia secara tiba-tiba tidak boleh berdiri, manakala optar dengan mulutnya tidak boleh berhubung sehingga apa yang ingin dicakap sukar untuk difahami.

“Kemudian saya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah… pemulihan saya sekarang sudah 80 peratus,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi itu yang turut bergelar pengusaha hotel di Sipitang, Sabah meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana memberinya peluang untuk terus bernafas.

“Kini saya tidak akan mensia-siakan hidup dan jaga kesihatan sebaiknya. Saya kini amat menjaga makan ubat kolesterol dan darah tinggi. Setiap bulan akan buat pemeriksaan doktor.

“Saya tak berniat mencari untung wang ringgit dari lagu Insaf ini, kecuali mengharapkan ia diterima sebagai satu amal untuk saya menjawab di akhirat nanti dengan bakat yang ada,” jelasnya.

Lagu Insaf ini telah dihasilkan sendiri oleh Nadia, manakala Julfekar pula bertindak selaku penerbit. – KopiPlanet.com

The post Pernah Popular Dengan Lagu Salam Untuk Kekasih, Kini Nadia Mahu Dikenali Menerusi Lagu Insaf Setelah Diuji Dengan Penyakit Strok Otak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.