Ads Top

Tetuan Ang & Rahimin Paparan Kisah Tentang Dunia Guaman Yang Jarang Dipaparkan

Boleh dikatakan cerita yang berkisar tentang dunia guaman jarang dipaparkan sama ada menerusi drama, telefilem atau filem tempatan.

Sehubungan itu, KL Motion Pictures Sdn. Bhd. mengambil peluang berkenaan dengan menghasilkan sebuah drama berjudul Tetuan Ang & Rahimin.

Drama rantaian ‘Tetuan Ang & Rahimin’ merupakan hasil terbitan KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd. mengisahkan selok-belok dalam dunia guaman yang jarang dipertengahkan dalam industri drama tempatan kita.

Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Saleh berkata, pihaknya rasa berbangga kerana diberi peluang untuk memaparkan genre yang berlainan menerusi drama terbaharu itu.

“Genre yang berlandaskan undang-undang jarang sekali mendapat perhatian. Lantas, drama rantaian Tetuan Ang & Rahimin ini unik dan bakal menarik minat, bukan sahaja dalam kalangan peminat drama, tetapi mereka yang berkerjaya profesional. 

“Begitu juga dengan barisan pelakon sememangnya hebat-hebat belaka. Gandingan Daiyan Trisha dan Ben Amir sesungguhnya mampu menarik perhatian dan minat terutamanya daripada golongan muda,” ujarnya.

Drama bersiri 20 episod ini mengisahkan dunia guaman yang banyak pancarobanya, apatah lagi jika peguamnya muda dan tidak berpengalaman.

Seorang peguam baru, Budi yang cuba menyesuaikan diri dalam dunia guaman yang baru dan dalam masa yang sama cuba untuk menyatukan Rahimin & Ang dalam menyelamatkan firma mereka daripada bekerja dengan ketua samseng.

Sementara itu, Wan Hasliza selaku pengarah pula mengakui banyak cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang menjalani penggambaran.l

Ujarnya, memandangkan penggambaran dilakukan ketika musim Covid-19, ia tidak boleh dilakukan di dalam kawasan mahkamah yang sebenar.

“Kami mengambil inisiatif untuk membina set mahkamah kami sendiri di sebuah studio dan mengunakan sebuah sekolah di Sendayan, Seremban sebagai set luaran mahkamah tersebut.

“Selain daripada lokasi, kami juga menghadapi cabaran apabila kru dan bahagian pelakon dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin yang berlarutan selama 16 hari,” ujarnya.

. Drama ‘Tetuan Ang & Rahimin’  akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 14 Februari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. – KopiPlanet.com

The post Tetuan Ang & Rahimin Paparan Kisah Tentang Dunia Guaman Yang Jarang Dipaparkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.