Ads Top

Kaka Azraff Dikurniakan Cahaya Mata Kedua, Rezeki Dapat Bersalin Pada Tarikh 22/2/22

Penyanyi dan pelakon popular, Kaka Azraaf telah selamat bersalin cahaya mata lelaki kedua pada awal pagi tadi di sebuah hospital.

Apa yang menariknya, cahaya mata kedua Kaka adalah pada tarikh yang sangat cantik iaitu 22 Februari 2022 dan lahir pada pukul 12.05 pagi.

“Syukur pada Allah. I’m officially a mother of two. 22.2.22 00:05 am.

“We made it baby! Alhamdulillah syukur. Thank you for being the greatest support system, cheerleader, motivator, part time doctor throughout the journey. I tak tahu apa jadi tanpa you. I love you Daddy of two,” kongsinya menerusi Twitter.

Bagaimanapun, menerusi gambar yang dimuat naik di Twitter, penyanyi berkenaan masih menyembunyikan wajah anak keduanya itu.

Sebelum ini, Kaka mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan dan kini sudah berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Kaka Azraff Dikurniakan Cahaya Mata Kedua, Rezeki Dapat Bersalin Pada Tarikh 22/2/22 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.