Ads Top

Sudah Berkahwin Tapi Masih Dara, Rumah Tangga Hanya Bertahan Selama Sehari… Rupa-Rupanya Suami Seorang Gay

Tiada siapa yang mahu berkahwin untuk berpisah. Begitu juga dengan nasib seorang wanita di Jakarta yang terpaksa reda dengan ketentuan apabila perkawinan yang dibina runtuh sekelip mata.

Hanya bertahan sehari, rumah tangga hancur berderai apabila dia membongkar rahsia suaminya yang mempunyai orientasi seksual yang berbeza.

Perkahwinan tersebut bertahan sehari selepas dia mendapati suaminya menjalinkan cinta sejenis seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan di sana.

Memuat naik video pengakuannya itu menerusi akaun TikTok, pemilik nama Raisa itu mengakui hatinya hancur saat mengetahui tentang perkara berkenaan.

“Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Saya sudah berkahwin, namun masih dara,” tulis wanita itu.

Tidak mahu terus berhadapan dengan masalah yang sukar untuk diperbetulkan itu, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya sehari kemudian.

Alasan yang diberikan, suaminya enggan menyentuh dirinya dan menganggap dia sebagai ‘bahan’ untuk menutup perilaku songsang semata-mata.

“Semuanya sudah berakhir. Dia tidak mencintai saya tetapi mencintai lelaki lain,” ungkapnya dalam video berkenaan.

Selain video, Raisa juga turut memperlihatkan beberapa keping gambar dia memakai pakaian pengantin pada hari bahagianya.

Dia turut berkongsikan tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara suaminya bersama pasangan sesama jenisnya. Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.

Ada yang memberikan nasihat untuknya bercinta terlebih dahulu sebelum bernikah dan tak kurang juga yang bercerita menerima nasib yang sama dengannya. – KopiPlanet.com

The post Sudah Berkahwin Tapi Masih Dara, Rumah Tangga Hanya Bertahan Selama Sehari… Rupa-Rupanya Suami Seorang Gay appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.