Ads Top

Gabungan Mantap Siti Nurhaliza & Judika Bakal Gegarkan Stadium Merdeka Sempena Konsert The Journey Of Sound

Dua pesohor dunia hiburan dari dua negara serumpun kini bersiap sedia untuk memukau dan menggegarkan peminat di seluruh Nusantara.

Kedua-duanya mempunyai magis tersendiri yang telah membawa kebahagiaan buat peminat lewat karya ciptaan dan nyanyian sepanjang lebih 20 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.

Dua figura ini adalah puspawati Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pemilik vokal lelaki mantap dari Indonesia, Judika. 

Dengan bangga pihak penganjur, Universe Gateway mempersembahkan keunggulan kolaborasi perdana Siti Nurhaliza dan Judika sebagai penghibur dalam konsert julung kali berjudul The Journey of Sound.

The Journey of Sound bakal bertemu peminat di Stadium Merdeka pada 14 Disember depan dengan harapan besar daripada penganjur yang mahu konsert ini menjadi tanda aras dan penutup tahun 2024 yang sentiasa melestarikan ‘persahabatan’ dua negara menerusi bidang hiburan.

“Kami di Universe Gateway sangat berbesar hati menganjurkan The Journey of Sound yang menampilkan kolaborasi dua figura hebat dunia hiburan Nusantara iaitu Siti Nurhaliza dan Judika di Stadium Merdeka pada 14 Disember 2024 ini.

“Mungkin khalayak sudah pernah menonton Siti Nurhaliza dan Judika berduet atau satu pentas sebelum ini tapi percayalah The Journey of Sound akan menjadi panggung yang menyaksikan mereka mempersembahkan sesuatu yang di luar jangkaan anda.

“The Journey of Sound akan menjadi konsert mega daripada dua penyanyi daripada negara berbeza namun dengan tujuan sama iaitu mengukuh dan mengeratkan silaturahim peminat muzik di Nusantara,” ujar Isa yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan daripada Universe Gateaway.

Lebih daripada itu, nama The Journey of Sound juga digunakan bersempena dengan perjalanan karier dan jatuh bangun sepanjang dua anak seni berkaliber ini mencetak sejarah dalam dunia hiburan.

Siti Nurhaliza dengan 28 tahun pengalaman sebagai penghibur yang telah melakar pelbagai sejarah dan pengiktirafan serta membawa Malaysia dikenali dunia sementara Judika atau nama sebenarnya, Judika Nalon Abadi Sihotang telah bergelumang serta terus sukses di usia 20 tahun pembabitan bakal menjadikan The Journey of Sound konsert yang rugi jika dilepaskan.

“The Journey of Sound akan dipenuhi warna warni perjalanan seni dan ‘bunyi’ muzik yang telah mengharumkan nama Siti Nurhaliza dan Judika sepanjang perjalanan seni mereka,” tambah Isa lagi.

Sementara itu Judika melahirkan keterujaan dan berbesar hati untuk berkolaborasi dengan penyanyi yang disegani dan dihormati, Siti Nurhaliza.

“Tentu sahaja saya tidak punya alasan untuk menolak satu panggung bersama Siti Nurhaliza yang saya hormati, apa lagi berkolaborasi dengan beliau dalam sebuah konsert berjudul The Journey of Sound.

“Saya tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi percayalah anda akan menikmati sebuah pengalaman luar biasa di The Journey of Sound bukan hanya kerana saya dan Siti Nurhaliza selaku subjek utama tetapi bagaimana keseluruhan produksi konsert ini mempersembahkan konsep yang spektakular untuk ditonton,” katanya.

Untuk itu, buat peminat Siti Nurhaliza dan Judika jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga kategori bermula RM 199 (CAT 5), RM 299 (CAT 4), RM 399 (CAT 3 LOWER / UPPER), RM 499 (SEAT 3), RM 599 (SEAT 2), RM 699 (SEAT 1), RM 799 (ROCK ZONE), RM 799 (VIP ROYAL BOX), RM 899 (VIP ROCK ZONE), RM 1,199 (VIP), RM 1,299 (SUPER VIP) dan ia boleh dibeli menerusi TICKET2U.COM.MY. – KopiPlanet.com

The post Gabungan Mantap Siti Nurhaliza & Judika Bakal Gegarkan Stadium Merdeka Sempena Konsert The Journey Of Sound appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.