Ella Bakal Muncul Dengan Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, Tawar Tiket Berharga Serendah RM39
Malaysia bakal saksikan momen bersejarah apabila Ratu Rock negara, Ella, kembali tampil mengumumkan pentas mega melalui konsert terbaharunya yang berjudul “Majlis Tertinggi Rockqueen”. Konsert ikonik ini bakal berlangsung pada tarikh istimewa 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi yang pernah menjadi saksi detik monumental dalam kerjaya seni Ella.
Dianjurkan oleh penganjur acara ternama, Hitman Solutions dan Rockqueen, konsert ini akan menjadi antara projek terbesar mereka sebagai penghargaan kepada legasi hebat Ella, serta sebagai simbol penyatuan, peminat, penggiat seni dan masyarakat Malaysia.
Tema Kemanusiaan — “Peace, Love & Rindu”
Konsert ini mengangkat tema “Peace, Love & Rindu” — tiga nilai kemanusiaan yang dibawa Ella bukan sekadar sebagai konsep persembahan, tetapi juga sebagai gerakan yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
Menurut Ella, pemilihan nama Majlis Tertinggi Rockqueen bukan sekadar simbolik literal dan gelaran umumnya sebagai ratu rock, tetapi juga sebagai satu wadah untuk memberi impak yang lebih bermakna.
“Saya akan mencapai usia 60 pada tahun 2026, dan sudah tentu saya ingin memberi impak dan legasi berkekalan khususnya dalam aspek kemanusiaan. Majlis Tertinggi Rockqueen adalah terjemahan kepada sebuah gerakan yang mahukan ‘Peace, Love & Rindu’,” ujar Ella.
Dalam konsert ini, “Peace” melambangkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza, “Love” pula mengacu kepada isu buli merujuk pada institusi pendidikan di Malaysia, manakala “Rindu” didedikasi kepada insan-insan penggiat seni tanah air yang sentiasa berkarya demi industri.
Tiket Mampu Milik & Sumbangan Amal
Berbeza dengan kebanyakan konsert berskala besar lain, kami memilih agar “majlis” ini bakal menjadi konsert buat rakyat, dengan harga tiket yang mampu milik dan terjangkau buat semua lapisan peminat untuk dapat hadir.
“Konsert kali ini, antara intinya adalah kami ingin ‘give back to the people’. Kerana itu kami memilih lokasi besar dengan pilihan harga tiket yang murah namun tidak menafikan pengalaman luar biasa pengunjung konsert, juga sajian audio visual bermutu buat semua yang hadir.
Antara tiket-tiket yang akan dijual adalah bermula dengan serendah RM39 (RV), diikuti dengan RM69 (Bronze), RM99 (Silver), RM149 (Gold), RM189 (Platinum), RM249 (Diamond), RM399 (VIP) dan RM499 (VVIP).
Setiap pembelian tiket akan dikehendaki untuk mengundi dan memilih tabung sumbangan pilihan mereka sama ada Peace (Persatuan Cinta Gaza Malaysia) , Love (Yayasan Kebajikan Negara) atau Rindu (Yayasan Kebajikan Artis Tanahair) pada waktu pembelian. Setiap pilihan dan undian mengikut tema tersebut, organisasi berkaitan akan menerima sumbangan RM2 bagi setiap pilihan undian melalui tiket yang dibeli,” jelas Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group.

Cabaran Besar Buat Ella
Mengakui sudah lama tidak tampil di pentas sebesar Stadium Nasional Bukit Jalil, Ella melihat cabaran ini sebagai suntikan azam dan pembakar semangatnya.
Beliau juga berkongsi bagaimana semangat seni yang membara membantu dirinya mengekalkan momentum selama hampir 40 tahun berkarya, sebuah ketabahan yang hanya dimiliki seorang ratu yang tulus mencintai seni, penggemar dan penontonnya.
Harapan Ratu Rock Negara
Buat peminat dan penggemarnya lama atau baharu, Ella menyimpulkan harapannya dengan dua misi utama. “Harapan saya cuma agar, konsert ini mampu memberi sumbangan sebaiknya kepada pertubuhan amal yang terlibat. Manakala generasi muda kelak akan lahir cemerlang dan berjaya manakala para seniman mampu terus berkarya dan terbela pesannya manja.
“Jangan lupa undi ‘Peace, Love atau Rindu’, dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen nanti!”
Terima kasih buat Perbadanan Stadium Malaysia (Lokasi Rasmi); Era FM, Sinar FM, Mix FM, Lite FM dan Gegar FM (Radio Rasmi); Astro Gempak, Meletop dan Hlive! (Media Rasmi); Ad Box, Wow Media dan Warisan Outdoor (Rakan Outdoor Media) yang bakal sama-sama jayakan konsert ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian +6012-2655783 atau emelkan ke concerts@hitman.group.
The post Ella Bakal Muncul Dengan Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, Tawar Tiket Berharga Serendah RM39 appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: