Suami Zizie Ezette, Bung Moktar Radin Disahkan Meninggal Dunia
Suami kepada pelakon Zizie Ezette, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi ini, di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak beliau, Naim Kurniawan Moktar, menerusi perkongsian laman Facebooknya.
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” menurutnya.
Sebelum ini, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Allahyarham dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah.
Baru-baru ini, Allahyarham baru saja mempertahankan kerusi DUN Lamag dalam pilihanraya negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada Sabtu lalu. – KopiPlanet.com
The post Suami Zizie Ezette, Bung Moktar Radin Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: