Ads Top

Khai Bahar Ungguli Anugerah Joox Top Music Awards Malaysia 2021, Menang Dua Anugerah

Majlis penganugerahan Joox Top Music Awards Malaysia 2021 yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Khai Bahar unggul apabila menang bagi dua kategori.

Bersaing dengan beberapa penyanyi hebat lain, Khai muncul pemenang anugerah bagi dua kategori iaitu Top 5 Hit: Lokal menerusi lagu Sengsara dan kategori utama Top 5 Artis: Lokal selama dua tahun berturut-turut.

Empat penyanyi lain yang turut memenangi kategori Top 5 Artis: Lokal ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ukays, Haqiem Rusli dan XPDC.

Sementara itu, Tajul dan Afieq Shazwan yang popular menerusi lagu Malam Semakin Dingin pula memenangi Anugerah Top 5 Hit: Lokal dan Top 3 Karaoke: Trending Hits.

Untuk kategori Top 5 Artis: Antarabangsa pula dimenangi oleh Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, Ariana Grande dan Bruno Mars.

Lima lagu tempatan yang menerima undian tertinggi melayakkan kemenangan kategori Top 5 Hit: Lokal ialah Malam Semakin Dingin nyanyian Tajul dan Afieq Shazwan, Tak Sangka (Yonnyboii, Zynakal, Asyraf Nasir), Sengsara (Khai Bahar), Berani (Dolla) dan Nang (Iman Troye).

Undian untuk enam kategori ini dibuka selama 19 minggu dan menerima hampir 35 juta undian daripada pengguna aplikasi Joox. – KopiPlanet.com

The post Khai Bahar Ungguli Anugerah Joox Top Music Awards Malaysia 2021, Menang Dua Anugerah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.