Ads Top

Ayie Floor 88 Lega Isteri Tak Mengidam Pelik-Pelik Ketika Hamil, Hanya Pernah Minta Nak Makan Kuih Raya

Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham meluahkan rasa leganya apabila isterinya, Tasha Awie yang kini sedang hamil tidak mengidam yang pelik-pelik.

Sebaliknya, penyanyi itu berkata isterinya hanya pernah meminta untuk menikmati kuih raya sehingga terpaksa meminta bantuan dengan memuat naik di media sosial.

“Memang banyak saya baca ada isteri yang hamil mengidam benda-benda pelik seperti nak makan sabun. Nasib baik isteri saya tidaklah sampai ke tahap itu.

“Cuma sebelum ini dia hanya mengidam nak makan kuih raya. Saya usahakan untuk cari, namun yang jumpa hanya kuih tart nenas dan isteri pula tak boleh makan nenas,” ujarnya.

Ayie berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran konsert Floor 88 – Eighty8 Infinity Concert yang berlangsung pada minggu lalu.

Sehubungan itu, Ayie menyatakan dia terpaksa menggunakan media sosial untuk mencari kuih raya dan bernasib baik kerana ramai yang membantu.

Dalam pada itu, mengenai perkembangan terbaharu Floor 88, Ayie memberitahu mereka akan berkaksi dalam satu konsert yang diberi nama Floor 88 – Eighty8 Infinity Concert pada 27 Mac ini.

Ujarnya, konsert berkenaan akan berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang dan turut menampilkan persembahan artis undangan iaitu Apak Harry Khalifah dan Caramelt Band.

“Sudah tentu kami sangat teruja memandangkan ia adalah konsert sulung kami sejak enam tahun bergelar artis. Kalau diikutkan ia sudah dirancang sejak tahun 2019, namun pandemik yg berlaku membuatkan ia tertangguh.

“Mengenai persiapan pula, ia tidak ada masalah memandangkan setiap minggu kami akan jamming bersama dan untuk konsert nanti, kami akan mempersembahkan sebanyak 13 buah lagu,” ujarnya.

Selain itu, Ayie juga memberitahu kesemua ahli kumpulan Floor 88 akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan Mei ini yang ditaja sepenuhnya oleh pihak hotel.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan boleh didapati berharga RM300 (Zon VVIP – Hotel Buffet, Meet & Greet, T-shirt & Merchandise Floor 88 Limited Edition), RM200 (Zon A – Hotel Buffet & Merchandise), RM150 (Zon B – Hotel Buffet), dan RM60 (Zon C). – KopiPlanet.com

The post Ayie Floor 88 Lega Isteri Tak Mengidam Pelik-Pelik Ketika Hamil, Hanya Pernah Minta Nak Makan Kuih Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.