Ads Top

Selama Sepuluh Tahun Hilang Tanpa Khabar, Rupa-Rupanya Sudah Mati Di Belakang Peti Sejuk

Sepuluh tahun hilang tanpa jejak dan khabar berita, rupa-rupanya sudah meninggal dunia dalam keadaan paling tragis.

Begitu juga dengan nasib yang menimpa seorang lelaki dikenali sebagai Larry Murillo Moncodo yang ketika itu berusia 25 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Dia, kali terakhir dilihat pada 28 November 2009 yang ketika itu hanya mengenakan hoodie dan selaur biru tanpa memakai kasut.

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan pada 24 Januari 2019 berkaitan penemuan mayat di sebuah pasaraya di Iowa.

Tubuh Larry ditemukan oleh pihak penyelenggara yang ditugaskan untuk mengalih rak dan peti sejuk pasar raya berkenaan yang telah ditutup sejak tahun 2016.

Menurut laporan The Washington Post pula, mayat Larry berada di celah-celah ruang 18 inci antara peti sejuk tersebut dengan dinding. 

Dia yang juga merupakan salah seorang pekerja di pasar raya berkenaan dipercayai memanjat ke atas peti sejuk tersebut sebelum terjatuh dari ketinggian 12 kaki ke ruang belakang peti sejuk.

Mengikut cerita pekerja di situ, mereka memang selalunya naik ke atas peti sejuk berkenaan, di mana ruang tersebut digunakan untuk menyimpan barang. 

Oleh kerana peti sejuk berkenaan mengeluarkan bunyi yang sangat bising, ada kemungkinan bahawa suara Larry meminta tolong ‘tenggelam’ di sebalik bunyi tersebut dan tidak didengari sesiapa.

Hasil ujian makmal mengesahkan mayat tersebut adalah Larry setelah dibandingkan dengan DNA kedua ibu bapa kandungnya.

Mayat juga dibedah siasat namun tiada tanda-tanda trauma pada tubuh Larry dan kes dikategorikan sebagai kematian akibat kemalangan. – KopiPlanet.com

The post Selama Sepuluh Tahun Hilang Tanpa Khabar, Rupa-Rupanya Sudah Mati Di Belakang Peti Sejuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.