Ads Top

Shikin Maembong Dedahkan Guna Duit Sendiri Ketika Berkahwin Dengan Bekas Suami, Anggap Kenyataan Cef Wan Adalah Fitnah

Setelah dikecam ramai apabila mahu mengambil tindakan terhadap Cef Wan yang juga bekas bapa mertuanya, Shikin Maembong akhirnya tampil membuat kenyataan.

Dalam satu perkongsian video di Insta Story, Shikin berkata, dia bukanlah seorang individu yang suka bercerita hal peribadi di media sosial.

“Tq kepada yang DM yang tanya khabar, tak kurang jugak yang kecam saya. Saya ni bukanlah sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya kat Instagram.

“Memandangkan keadaan memaksa saya sebab ramai yang komen bukan-bukan kat saya. Masa saya kahwin dengan bekas suami, duit perkahwinan adalah 100 peratus duit sendiri. Masa tu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken,” ujarnya.

Jelas Shikin, hasil daripada perniacaan tersebut dia dan bekas suami mengumpul duit sendiri dan menegaskan mereka berkahwin menggunakan duit sendiri.

Selain itu, kakak kepada pelakon Emma Maembong itu memberitahu kenyataan yang dibuat oleh Cef Wan adalah merupakan fitnah.

“Kahwin duit sendiri… memang 100 peratus duit sendiri, tak ada 1 sen pun duit daripada bapa mentua saya. So apa yang dipost adalah fitnah. Saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” ujarnya.

Sebelum ini, Cef Wan mendedahkan bahawa bekas isteri anaknya itu telah mengemukakan saman malu terhadapnya serta menuntut RM1 juta. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Shikin Maembong Dedahkan Guna Duit Sendiri Ketika Berkahwin Dengan Bekas Suami, Anggap Kenyataan Cef Wan Adalah Fitnah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.