Ads Top

Selalu Cover Lagu Penyanyi Lain, Adami Hairi Kini Tampil Dengan Single Sulung Forte Berentak Pop Latin

Sebelum ini, penyanyi yang dikenali dengan nama Adami Hairi ini kerap berkongsi di media sosial dengan membuat cover lagu-lagu penyanyi lain.

Akhirnya, peluang telah berpihak kepadanya apabila berhasil mengeluarkan single baharu berentak Pop Latin yang berjudul Forte.

“Sebenarnya, saya minat menyanyi sejak dari kecil dan mula aktif selepas tamat zaman persekolahan dengan memasuki pelbagai pertandingan nyanyian.

“Selain itu, saya juga selalu membuat cover lagu penyanyi-penyanyi lain dan hanya kongsi di media sosial serta selalu menyanyi di majlis dan karnival,” ujarnya.

Menceritakan tentang lagu Forte, Adami Hairi menjelaskan ia merupakan single sulungnya yang diciptakan sepenuhnya oleh Rosli Ahmad.

“Beliaulah yang mula menyunting bakat saya dan mencadangkan saya menyanyikan lagu berentak catchy mengikut peredaran pendengar masa kini.

“Lagu ini sebenarnya menceritakan tentang perjalanan karier saya sebelum dan selepas sepanjang dalam industri seni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Selalu Cover Lagu Penyanyi Lain, Adami Hairi Kini Tampil Dengan Single Sulung Forte Berentak Pop Latin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.