Ads Top

“So Made In Janda Baik Lah Ni…” – Isteri Fizo Omar Disahkan Mengandung Selepas Sebulan Berkahwin

Pelakon popular Fizo Omar bakal mendapat seorang lagi cahaya mata apabila isterinya, Fazeera Nazri Aziz mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun Instagram Fazeera, dia menyatakan disahkan hamil setelah berkahwin dengan Fizo.

“Video ini saya ambil ketika bulan pertama perkahwinan kami. Seperti yang saya jangka, ia adalah kejutan terbesar buat dirinya.

“Alhamdulillah atas anugerah terbesar yang Allah berikan kepada kami dan saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Dalam video berkenaan juga, Fizo dilihat seperti terkejut dan tidak percaya apabila isterinya itu membuat kejutan mengenai kehamilan berkenaan.

“So made in Janda Baik baiklah ni… I’m so happy,” ujar Fizo.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 setelah setahun berkenalan. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post “So Made In Janda Baik Lah Ni…” – Isteri Fizo Omar Disahkan Mengandung Selepas Sebulan Berkahwin appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.