Ads Top

Shikin Maembong Kemukan Saman Malu Terhadap Cef Wan, Nak Tuntut RM1 Juta

Cef selebriti terkenal, Cef Wan mendedahkan bekas menantunya, Shikin Maembong telah mengemukakan saman malu terhadap dirinya.

Dalam satu posting di Instagram, Che Wan memaklumkan saman itu dibuat berhubung teguran terhadap Shikin dan Nadzri yang bergaduh tentang anak.

“My son x wife Shikin Maembong thru her lawyer sent me surat saman malu konon some months ago saya tegur dia dan anak saya Nadzri bergaduh pasal anak itu ada lah salah. Especially hak bapa mau pun ibu ada la sama ke atas anak itu.

“Out of revenge tak puas hati pasal urusan nafkah anak she uses that as her way of getting back to him and it also effect me from seeing Ariana. Letih saya nak melayan drama dia ini pun,” ujarnya. 

Cef Wan berkata, sebagai bekas bapa mertua, adakah ia menjadi satu kesalahan untuk dia memberikan nasihat.

Malah, dia juga memberitahu bahawa dirinya yang telah menolong bekas menantu dan cucunya menyelesaikan segala bil hospital.

“Kita orang tua nasihat yg baik2 with out having to go to court to fight for custody of the child. Ramai orang bercerai kongsi jaga anak itu. Ini tak kasi jumpa sampai almost more then a year one time kerana nak main drama dia.

“Kasihan anak itu deprived from the fatherly love. Kau dah kawin laki orang tu move on aja lah. My son pun dah kawin pun. Masing2 dah tua please grow up ok.

“Mahkamah ni ada banyak lagi issue2 yg penting nak beri perhatian untuk negara ini. No need to tambah lagi all this stupid issue nak saman x bapa mertua la pulak.

“Kau lupa ke jasa2 aku bersusah payah kawin kan kau berdua using 100% of my own hard work income? Looking after my cucu as and when i can? What have i done to advice u as well as others in this country jika bercerai tu jangan berebut anak tu,” luahnya.

Jelasnya lagi, bekas menantunya itu juga telah mengemukakan saman malu sebanyak RM1 juta terhadap dirinya.

Malah, beliau turut mempersoalkan sama ada Shikin seorang yang besar kepala sehingga Tidak boleh dinasihati.

“Besar sangat ke kepala kau sampai lupa diri tu tak boleh di tegur dan di nasihati? Stop! stop! i dont have time for your shit ok. Letih saya melayan kisah anak2 ni semua.

“Dia tak malu ke ada hati nak saman saya nasihat yg baik2 for both parties? Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta? Kasihan to feel so bitter inside.

“We all have move on pun! So stupid to fight over seorang anak pun. Have u forgotten that u have embarrased me enough?Kasihan kan anak tu sudah lah!” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Shikin Maembong Kemukan Saman Malu Terhadap Cef Wan, Nak Tuntut RM1 Juta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.