Ads Top

Muhammad Afwa Jadi Pilihan Nama Cahaya Mata Kedua Siti Nurhaliza


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memilih Muhammad Afwa sebagai nama untuk anak lelaki beliau yang baru dilahirkan pada minggu lalu.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram miliknya pada malam tadi.

“Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa,” tulisnya.

Jelas beliau, Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang beliau dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Muhammad Afwa Jadi Pilihan Nama Cahaya Mata Kedua Siti Nurhaliza appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.