Ads Top

Akaun Instagram Digodam, Didie Alias Beri Peringatan Supaya Berhati-Hati Terima Mesej Daripada IG Miliknya

Pelakon dan pengacara popular, Didie Alias memaklumkan bahawa akaun Instagram miliknya telah Digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Didie menerusi satu video yang dimuat naik Facebook miliknya iaitu LadyDidie TV.

“Kepada rakan-rakan artis dan sahabat, just mummy tolong sebarkan yang akaun Instagram mummy kena hacked. Kalau dapat mesej daripada akaun Instagram mummy, tolong jangan klik apa-apa.

“Sekarang dia (hacker) tengah gunakan mummy punya IG untuk hacked kawan-kawan mummy yang lain termasuk siapa-siapa yang following mummy,” ujarnya.

Jelas Didie, sekiranya ada yang membalas mesej yang diterima daripada akaun IG miliknya, ia juga boleh menjejaskan akaun IG orang tersebut.

Ujarnya, ketika ini juga hacker berkenaan cuba untuk mengganggu akaun Instagram beberapa rakan artis yang lain.

“Ketika ini ramai rakan-rakan artis yang Whats App kepada mummy beritahu mereka dapat DM daripada IG mummy.

“Jadi minta tolong war-warkan kepada semua rakan-rakan dan peminat. Ketika ini mummy sedang berurusan dengan pihak Instagram untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi carian yang dibuat mendapati semua gambar-gambar di Instagram selebriti berkenaan telah hilang.

The post Akaun Instagram Digodam, Didie Alias Beri Peringatan Supaya Berhati-Hati Terima Mesej Daripada IG Miliknya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.