Ads Top

Chef Wan Mahu Penyebaran Fitnah Kaitkan Serina Terbabit Dengan Aktiviti Kartel Dadah Dihentikan

Chef dan selebriti terkenal, Chef Wan mahu penyebaran fitnah membabitkan anaknya, Serina yang dikatakan terbabit dengan aktiviti kartel dadah dihentikan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata sejak seminggu lalu dia menerima pelbagai berita palsu berkaitan fitnah berkenaan.

“Seminggu ini saya terima macam-macam fake news berunsur fitnah konon Rina terlibat dengan gang cartel dadah siap dengan gambar-gambar polis dan segala ceritanya.

“To be honest I recieved this more than a month ago from a stranger.
Konon jugak polis tapi nak saya rahsia kan phone no dia from Rina.
So she made a police report on this. Jika betul dah lama berita ini keluar didalam surat khabar. Such rubbish,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Chef Wan turut menunjukkan salinan laporan polis yang telah dibuat anaknya itu.

Ujar Chef Wan, anaknya itu juga dikatakan mengetahui siapa yang telah melakukan fitnah tersebut dan akan mengambil tindakan.

Malah, beliau juga menyatakan akan turut membuat laporan polis sekiranya masih lagi mendapat bahan-bahan cerita tersebut.

“She knew siapa yg buat ini semua and will take action on this. So stop sending me all this bahan-bahan fitnah for I have enclosed the police report hopefully can shut their mouth and stupidity passing around all this fake stuff using all her old photos from social media.

“Its amazing what people can accomplished when it come to benda-benda bodoh2 ini termasuk la juga those who took their time to passed around and speculate this piece of shit!,” tegasnya.

The post Chef Wan Mahu Penyebaran Fitnah Kaitkan Serina Terbabit Dengan Aktiviti Kartel Dadah Dihentikan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.