Ads Top

Kertas Siasatan Neelofa & PU Riz Berhubung Pelanggaran SOP Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara Minggu Depan

Polis akan melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di majlis perkahwinan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ia selepas pihaknya menerima arahan bagi melengkapkan beberapa perkara dalam kertas siasatan sebelum dihantar semula.

“Kita telah menghantar kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara dan ada beberapa arahan perlu kita ambil.

“Kita akan lengkapkannya dan hantar semula ke Pejabat Peguam Negara dalam minggu hadapan,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi hari ini.

Sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ia berkaitan dengan cadangan kompaun dikenakan terhadap pasangan selebriti itu berhubung majlis perkahwinan pasangan berkenaan yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada 5 April lalu, polis telah merekodkan keterangan dua individu itu berhubung majlis perkahwinan yang didakwa melanggar SOP PKP. – KopiPlanet.com

Kredit Artikel & Foto: Astro Awani

The post Kertas Siasatan Neelofa & PU Riz Berhubung Pelanggaran SOP Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara Minggu Depan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.