Ads Top

Drama Bersiri Popular Nur Ditayangkan Di Indonesia Menerusi Saluran MNCTV

Sebelum ini, drama bersiri Nur yang menggandingkan Syafiq Kyle dan Amira Rosli pernah mencetuskan fenomena tersendiri.

Drama berkenaan yang mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi di TV3 dan digital, kini melebarkan tayangannya ke Indonesia melalui kolaborasi Sistem Televisyen Malaysia Berhad dengan MNCTV.

Melalui perjanjian tersebut, Nur musim 1 dan 2 akan ditayangkan secara serentak di dalam semua rangkaian platform MNC Media bermula pada hari pertama bulan Ramadan. 

Ketua Pegawai Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, pihaknya begitu teruja dengan kerjasama tersebut.

“Sudah tentu ia merupakan satu langkah yang tepat memandangkan populariti drama Nur dan jumlah tontonan yang capai di stesen TV3.

“Kami juga gembira kerana dapat memainkan peranan penting dalam memperluaskan lagi sayap drama ini ke luar negara,” ujarnya.

Drama bersiri berkenaan mengisahkan dilema kisah cinta dua insan dengan latar belakang yang berbeza, tentang sebuah cinta terlarang hubungan di antara seorang ustaz muda bernama Adam dengan seorang pelacur wanita bernama Nur yang digelar ‘gadis lorong’, yang tidak mendapat didikan agama yang sempurna.

Selain Syafiq dan Amyra, arahan pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin turut dibarisi pelakon terkenal lain seperti Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Atiq, Eyra Hazali, Dato’ Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar.

Sementara itu, Pengarah Program MNCTV, Endah Hari Utari berkata, pihaknya melihat drama bersiri berkenaan sangat menarik, menghiburkan dan merupakan sebuah hasil produksi yang hebat.

“Ini merupakan alasan utama kami memilih Nur. Drama ini akan menjadi tambahan variasi kepada kandungan sedia ada dan berbeza berbanding program-program yang biasa ditayangkan dalam MNCTV sebelum ini.

“Kami juga yakin yang drama hebat ini akan mengimarahkan lagi suasana bulan Ramadan dalam MNCTV,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Drama Bersiri Popular Nur Ditayangkan Di Indonesia Menerusi Saluran MNCTV appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.