“Birthday Kau Tapi Aku Yang Dapat Hadiah” – Ardell Aryana Hadiahkan Suami Kereta Mewah
Pada kebiasaannya, seseorang yang menyambut ulang tahun kelahiran pasti akan mendapat hadiah daripada insan tersayang, keluarga atau rakan-rakan.
Bagaimanapun, berlainan pula dengan apa yang dilakukan pelakon Ardell Aryana yang menyambut hari jadi semalam apabila dia menghadiahkan kereta mewah buat suaminya, Nadzmi Adhwa.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Nadzmi menerusi satu video di Instagram miliknya.
“Selamat hari bahagia @ardellaryana. Tapi harini aku yang paling bahagia sebab dapat isteri baru… Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah. Kalau tiap-tiap hari birthday kau seronok juga kan. HAHA. Hari-hari aku dapat hadiah.
“Dari kawan dulu sampai sekarang kau tak pernah fail untuk suprise kan aku sampai terkentut kentut aku tadi,” tulisnya.
Pada minggu lalu, Nadzmi menghadiahkan sebuah kereta kepada Ardell sebagai tanda terima kasih apabila menjadi ibu kepada anaknya dan isteri yang sentiasa menjadi pembakar semangat.
Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa pada Jun tahun lalu. – KopiPlanet.com
The post “Birthday Kau Tapi Aku Yang Dapat Hadiah” – Ardell Aryana Hadiahkan Suami Kereta Mewah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: