Ads Top

Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi ‘Tornado’ Badai Alabama, Sekurang-kurangnya 5 Dilaporkan Maut

Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan terkorban manakala beberapa yang lain mengalami kecederaan susulan puting beliung ganas yang melanda Alabama pada petang Khamis.

Menurut ABC News, amaran puting beliung ganas telah dikeluarkan sehingga petang semalam di mana kelajuan angin boleh mencapai kelajuan 166mph (bersamaan 267km/j) atau lebih laju, lapor National Weather Service’s Birmingham.

Tambah badan berkenaan, puting beliung tahap itu juga kebiasaannya berlaku di atas daratan sepanjang sekurang-kurangnya 25 batu (kira-kira 40.2km).

Sementara itu, dalam kejadian semalam, puting beliung ganas itu dilaporkan melanda daratan sejauh kira-kira 100 batu, bersamaan kira-kira 160.9 km.

Tragedi itu telah meragut lima nyawa termasuk tiga individu sekeluarga dan seorang lelaki di Ohatchee serta seorang wanita di Wellington, lapor ABC News.

Rangkaian puting beliung itu juga telah menumbangkan pokok-pokok serta memusnahkan beberapa buah rumah di samping menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan terlibat, tulis AP News.

Sumber: ABC News, AP News

The post Mendebarkan, Rakaman Dipercayai Situasi ‘Tornado’ Badai Alabama, Sekurang-kurangnya 5 Dilaporkan Maut appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.