Ads Top

Elisya Sandha Sah Bakal Bergelar Ibu, Usia Kandungan Kini Cecah 31 Minggu

Pelakon popular Elisya Sandha mengesahkan dirinya bakal bergelar ibu dan usia kandungannya yang kini sudah mencecah 31 minggu.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elisya menerusi satu perkongsian video di Instagram yang menayangkan suami serta ahli keluarganya yang terkejut menerima ujian alat kehamilan.

“Bismillahirahmanhirahim… Aku bersyukur atas rezeki yang Kau kurniakan kepada aku ❤ this video means a lot to me, wonderful moments that i cannot get elsewhere.

“To whoever yang scroll and tengah baca my caption ni, can you please spare some time and doakan anak sulung saya ni 🥰 saya juga mendoakan semua wanita dapat experience benda yang sama , Alhamdulillah salam Jumaat,” ujarnya.

Pada bulan lalu, pelakon itu ada memberi bayangan yang dia sedang hamil menerusi beberapa posting gambar di akaun media sosialnya.

Bagaimanapun, menantu kepada penerbit Sheila Rusly itu tidak membuat sebarang pengesahan sama ada dirinya hamil atau tidak. – KopiPlanet.com

The post Elisya Sandha Sah Bakal Bergelar Ibu, Usia Kandungan Kini Cecah 31 Minggu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.