Ads Top

Iqbal Zulkefli Peruntukan RM100,000 Untuk Duit Raya, Hanya Akan Beri Apabila Jumpa Depan-Depan

Usahawan dan selebriti popular, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan dia memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk duit raya pada tahun ini.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Iqbal menerusi satu perkongsian di Instagram ketika menjawab permintaan seorang netizen yang inginkan duit raya daripadanya.

“Tahun ini saya dah sediakan RM100,000 untuk duit raya.

“Saya tidak kira usia, kalau rasa nak bagi saya bagi je,” ujarnya.

Bagaimanapun, Iqbal yang juga merupakan peserta Big Stage itu memaklumkan dia akan memberi duit raya kepada sesiapa sahaja kalau berjumpa depan-depan.

“Cuma kena jumpa depan-depan, bukan DM atau transfer,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Iqbal Zulkefli Peruntukan RM100,000 Untuk Duit Raya, Hanya Akan Beri Apabila Jumpa Depan-Depan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.