Polis Sahkan Tidak Terdapat Unsur Jenayah Babitkan Kematian Anak Pelakon Delimawati
Polis telah mengesahkan tidak terdapat unsur jenayah dalam kes membabitkan kematian anak pelakon Delimawati Ismail yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian tersebut.
“Tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Pada Jumaat lalu, seorang lelaki telah ditemukan tidak sedarkan diri dalan disahkan meninggal dunia dalam sebiji kereta di kawasan tepi lombong di Bandar Saujana Putra, Jenjarom.
Mangsa iaitu Zulfazli Jaafar, 45, yang merupakan anak kepada pelakon Delimawati Ismail sebelum itu ditemukan oleh orang awam dalam sebuah kereta di lokasi kejadian. – KopiPlanet.com
The post Polis Sahkan Tidak Terdapat Unsur Jenayah Babitkan Kematian Anak Pelakon Delimawati appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: