Ads Top

Dikecam Pergi Kubur Kristian Pada Pagi Syawal, Baby Shima Sudah Rujuk Dengan Ustaz

Tindakan penyanyi popular, Baby Shima berkongsi video dirinya pergi ke kubur Kristian pada sambutan hari pertama Syawal ternyata telah mengundang kecaman netizen.

Bagaimanapun, penyanyi itu ternyata tidak berdiam diri apabila tampil memberikan penjelasan terhadap tindakannya itu.

“Shima ada ramai saudara mara kristian atok dan nenek, ada Islam ada Kristian… so tolong hormat. Boleh je melawat kubur bukan Islam…

“Shima dah tanya kat ustaz tapi ramainya yang aaah-acah ustaz menjatuhkan hukum. Payah bila rasa ilmu tinggi sangat… semua je tak kena! Bila kesalahan diri sendiri buat-buat tak nampak,” luahnya.

Menerusi ruangan caption pula, Baby Shima mengatakan dia pergi melawat ke kubur datuknya setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pada posting video berkenaan rata-rata menyatakan tindakan tersebut bukan satu kesalahan.

Malah, ada netizen yang bergelar mualaf menyatakan masih pergi melawat ke kubur ahli keluarga yang bukan Islam, meskipun sudah memeluk agama Islam.

The post Dikecam Pergi Kubur Kristian Pada Pagi Syawal, Baby Shima Sudah Rujuk Dengan Ustaz appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.