Ads Top

“Dia Kelakar, Tak Ada Unsur Garang Dalam Dirinya…” Merrah Dedah Sikap Sebenar Awie

Kalau dilihat secara luaran atau mereka yang tidak mengenali Datuk Awie, pasti ramai yang menyangka beliau seorang yang garang termasuk dengan anak-anaknya.

Bagaimanapun, salah seorang anak Awie iaitu Putera Ahmad Merrah mendedahkan bapanya itu sebenarnya seorang yang kelakar.

“Kalau bercakap pasal ayah, dia seorang yang kelakar sebenarnya. Tak ada unsur garang dalam dirinya, cuma jangan buat apa-apa kesalahan.

“Di sebalik sikapnya yang kelakar, ayah cuma agak tegas dan kami perlu elak untuk buat sebarang masalah. Kalau tidak, dia memang seorang yang kelakar,” ujarnya.

Merrah berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu ‘Raya Tak Nak Single’, di mana dia berduet bersama dengan Zaki Yamani.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada bapanya itu merestui sekiranya dia ingin mengikut jejak langkah sebagai anak seni, Merrah menyatakan Awie ada pendiriannya yang tersendiri.

“Ayah ada pesan kalau nak aktif menyanyi pun, saya perlu tamatkan pelajaran terlebih dahulu. Sekarang ini pun saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah Institut Pengajian Tinggi,” jelasnya.

Mengenai lagu ‘Raya Tak Nak Single’ pula, Merrah menyatakan ia merupakan pengalaman pertama buat dirinya masuk ke dunia rakaman dan berlakon dalam muzik video. – KopiPlanet.com

The post “Dia Kelakar, Tak Ada Unsur Garang Dalam Dirinya…” Merrah Dedah Sikap Sebenar Awie appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.