Ads Top

Akses Strim Viu Secara Percuma Pelbagai Drama Tempatan & Antarabangsa Sepanjang Ramadan Raya

Sempena musim perayaan yang mulia, Viu, platform penstriman video OTT terkemuka, membawakan kempen Viu Together Gather yang menawarkan akses strim secara PERCUMA bagi pelbagai judul drama tempatan dan antarabangsa yang terpilih.

  • Jendela Hati – Konflik pengorbanan dan cinta antara Farah dan abang iparnya yang dibayangi rasa bersalah terhadap arwah kembarnya.
  • Anggun Mikayla – Perjalanan seorang jurusolek mencari jati diri dan pengiktirafan ibu kandung di sebalik rahsia kelahiran.
  • Bidaah – Baiduri dan Hambali mula meragui ajaran sesat kumpulan Jihad Ummah dan nekad membongkar kebenaran demi menyelamatkan keluarga mereka.

Selain naskhah tempatan, penonton juga boleh menikmati pelbagai genre dari seluruh Asia secara percuma:

Drama Trending

  • Descendants of the Sun – Drama fenomena global yang menggabungkan aksi ketenteraan dan percintaan antara kapten pasukan khas serta pakar bedah dalam mengharungi krisis kemanusiaan.
  • True Beauty – Berasaskan webtoon popular, kisah komedi romantik tentang keyakinan diri dan cinta tiga segi remaja yang mencetuskan fenomena.

Romantik

  • Fireworks of My Heart – Kisah pertemuan semula ketua pasukan bomba dan doktor di unit kecemasan selepas sepuluh tahun terpisah akibat tentangan keluarga demi membina semula cinta dan kerjaya mereka.
  • Love’s Ambition – Perkahwinan antara seorang penyampai berita popular dan lelaki elit yang mula retak apabila cita-cita tinggi dan perbezaan darjat menjadi penghalang.
  • Love Between Lines – Sebuah kisah cinta unik yang bermula daripada komunikasi bertulis, membuktikan bahawa perasaan boleh mekar melangkaui pertemuan fizikal.

Aksi & Thriller

  • Taxi Driver 2  Kim Do-gi kembali dengan teksi pelangi untuk menuntut keadilan, membawa misi yang lebih besar dan menyentuh isu realiti, dengan aksi yang lebih mantap dan penyamaran yang melucukan.
  • Perfect Family – Sebuah thriller misteri yang membongkar rahsia di sebalik keluarga yang nampak sempurna apabila anak perempuan mereka terlibat dalam kes pembunuhan.
  • Bloody Flower – Kisah seorang bekas pelajar perubatan yang menjadi pembunuh bersiri dengan dakwaan memiliki teknologi penyembuh penyakit maut, namun memerlukan nyawa manusia sebagai galang ganti.

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. TikTok. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com. – KopiPlanet.com

The post Akses Strim Viu Secara Percuma Pelbagai Drama Tempatan & Antarabangsa Sepanjang Ramadan Raya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.