Dituduh Memondan, Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta?
Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, akan memfailkan saman sebanyak RM1 Juta terhadap penerbit dan komposer lagu, Damian Mikhail atas dakwaan memfitnah dirinya.
Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi beberapa posting di IG Story miliknya.
“Sila padam hantaran anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar kepada anda. Siapa makan cili dia terasa pedas. Sila buat pemohonan maaf ya terbuka awak tulis.
“Nama saya ya… sila tag mamat itu.. 24 jam tidak ada, tunggu peguam saya buat kerja. Dan pastikan buat pemohonan maaf beserta video. Kalau tidak saman tetap berjalan. Lain kali nak megutuk pun guna otak,” katanya.
Sebelum ini, Damian menerusi posting di Instagram mendakwa usahawan berkenaan hanya mahu memondan berkenaan muzik video Kelepok Raya yang dihasilkan sehingga mendapat kecaman netizen.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak ada masalah sekiranya ada mana-mana pihak yang mahu mengutuk atau menghina suaranya.
Bagaimanpun, dia menyatakan tidak boleh menerima sekiranya kenyataan yang dibuat itu adalah berbentuk fitnah.
“Sebenarnya saya tiada masalah dengan sesiapa pun sama ada artis atau orang biasa yang mengutuk mahupun menghina suara saya. Suara itu adalah seni, ada orang suka dan tidak suka.
“Jika sudah melibatkan diri saya, yang saya tidak buat dan awak memfitnah. Menyebut pula nama saya dan perkara tersebut boleh menjadi satu bukti di mahkamah di mana saya tidak melakukan perkara tersebut. Tindakan boleh dilakukan,” tegasnya.
Aliff berkata, dia sudah meminta Damian memadamkan posting berkenaan, tetapi komposer itu hanya mendiamkan diri.
“Saya juga sudah meminta orang itu padam tetapi dia senyap, mungkin pihak peguam yang patut melakukan tindakan ini. Kita lihat sahaja,” katanya. – KopiPlanet.com
The post Dituduh Memondan, Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta? appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: