Dancing Fish Perkenal Buffet Ramadan Berkonsepkan ‘Santapan Di Bawah Langit’
Restoran masakan Melayu–Indonesia yang tersenarai dalam Michelin Guide Kuala Lumpur, Dancing Fish, memperkenalkan pengalaman buffet Ramadan pertama menerusi konsep Santapan Di Bawah Langit, yang berlangsung di Skydeck sempena bulan Ramadan tahun ini.
Bertempat di Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery, Jalan Puchong, konsep ini menawarkan pengalaman berbuka puasa dalam suasana terbuka ‘di bawah langit’ sambil mengetengahkan hidangan berteras warisan Melayu–Indonesia yang menjadi identiti Dancing Fish.
Menurut pengasas Dancing Fish, Joshua Teoh, Santapan Di Bawah Langit diwujudkan bagi memenuhi keinginan pelanggan yang mahu menikmati hidangan buffet Ramadan dalam suasana lebih eksklusif, selesa dan tersusun, tanpa menjejaskan kualiti makanan serta perkhidmatan yang menjadi keutamaan Dancing Fish.
“Kami mahu tetamu menikmati pengalaman berbuka yang selesa dan tidak tergesa-gesa.
“Fokus diberikan kepada kebersamaan bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil menikmati hidangan dalam suasana Skydeck yang santai dan berbeza,” katanya.
Bagi mengukuhkan kempen Ramadan ini, Dancing Fish turut melantik Tya Ariffin danKhairy Jamaluddin sebagai duta rasmi Santapan Di Bawah Langit.
Tya Ariffin berkata, konsep berbuka puasa di Skydeck memberi kelainan dan sangat dekat dengan nilai kekeluargaan yang diraikan sepanjang Ramadan.
“Waktu berbuka adalah saat untuk berkumpul dan berkongsi. Suasana di Skydeck ini menjadikan pengalaman itu lebih bermakna, tenang dan berbeza daripada kebiasaan, ujarnya.
Manakala Khairy Jamaluddin pula menyifatkan jalinan kerjasama tersebut sebagai satu usaha yang menekankan kualiti, konsistensi serta nilai budaya.
“Dancing Fish membina reputasi mereka dengan menjaga standard dan kualiti. Itu sesuatu yang penting untuk mengekalkan kepercayaan pelanggan, termasuk dalam pengalaman buffet seperti ini.
“Ramadan juga mendidik kita untuk menghargai masa bersama keluarga dan komuniti, selari dengan konsep Santapan Di Bawah Langit yang menekankan kebersamaan,” katanya.
Santapan Di Bawah Langit berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, dengan harga RM188 net seorang.
Dengan kapasiti tempat duduk yang terhad, orang ramai digalakkan membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan.
Maklumat Tempahan:
Lokasi: Skydeck B, Bloomsvale Shopping Gallery, Jalan Puchong
Harga: RM188 net seorang
Tempahan:
https://reservation.umai.io/en/partner/dancing-fish?party_size=2&date=2026-02-20
The post Dancing Fish Perkenal Buffet Ramadan Berkonsepkan ‘Santapan Di Bawah Langit’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: