Ads Top

Plaza Shah Alam Anjur Program ‘Raya Bersama, Syawal Bermakna’, Raikan Perayaan Aidilfitri Penuh Tradisi

Bersempena sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini, Plaza Shah Alam mempersembahkan kempen “Raya Bersama, Syawal Bermakna” yang berlangsung dari 26 Februari hingga 12 Mac 2026, bertujuan meraikan perayaan Aidilfitri dalam suasana penuh tradisi, kekeluargaan dan keprihatinan sosial.

Selari dengan komitmen Plaza Shah Alam dalam menyokong nilai kebajikan dan komuniti, satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi, Tasik Putri, Rawang akan dianjurkan di Warung Koppi’s 70s, Plaza Shah Alam.

Program ini melibatkan seramai 55 orang anak yatim dan asnaf, bertujuan menyemai rasa kebersamaan serta berkongsi kegembiraan Ramadan dalam suasana penuh kasih sayang dan keprihatinan.

Menurut pihak pengurusan Plaza Shah Alam, penganjuran acara berbuka puasa ini mencerminkan usaha berterusan untuk bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, malah mengukuhkan hubungan komuniti setempat serta mengangkat nilai tradisi dan kebajikan dalam persekitaran pusat beli-belah moden.

Pelbagai aktiviti mingguan yang meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, merangkumi persembahan kebudayaan, hiburan santai serta program interaktif yang memeriahkan suasana Ramadan dan Syawal di Plaza Shah Alam.

Antara acara mingguan adalah seperti Senandung Irama Klasik, Aktiviti Seni dan Kraf, Lenggok Beralun Tarian Tradisional, serta acara kemuncak Rentak Syawal yang menampilkan artis jemputan terkenal dengan kerjasama Mewah Event Management , seperti Amir UK’s, Raihan dan Daqmie .

Tidak ketinggalan program edaran bubur lambuk turut diadakan sebagai simbol semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

GANJARAN UNTUK PELANGGAN
Selain itu, pengunjung Plaza Shah Alam juga berpeluang menikmati ganjaran membeli-belah eksklusif, termasuk pemberian sampul raya, buku nota serta set cawan dan piring, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan sepanjang tempoh kempen.

Menurut pihak pengurusan Plaza Shah Alam, penganjuran kempen ini mencerminkan usaha berterusan untuk bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, malah mengukuhkan hubungan komuniti setempat serta mengangkat nilai tradisi dan kebajikan dalam persekitaran pusat beli-belah moden.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman Raya yang lebih bermakna, sarat dengan budaya dan nilai kemanusiaan di Plaza Shah Alam. – KopiPlanet.com

The post Plaza Shah Alam Anjur Program ‘Raya Bersama, Syawal Bermakna’, Raikan Perayaan Aidilfitri Penuh Tradisi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.