Ads Top

All My Heart Buah Tangan Baharu Indah Ruhaila, Tampil Dengan Lagu Lebih Segar & Easy Listening

Setelah hampir setahun tidak muncul dengan lagu baharu, Indah Ruhaila akhirnya mampu menarik nafas lega apabila melancarkan lagu All My Heart.

Bagaikan satu langkah baharu, pastinya dia mengharapkan buah tangan kali ini mampu diterima dengan baik oleh semua, terutama sekali peminat-peminatnya.

Meletakkan harapan yang besar kepada naskhah hasil ciptaan AJAI dan lirik oleh STRAWBERY itu, Indah mengakui teruja menantikan maklum balas daripada peminat memandangkan ini merupakan kali pertama dia menyanyikan lagu balada hasil ciptaan komposer berpengalaman itu.

“Memang saya teruja dan dalam masa yang sama gementar menantikan maklum balas daripada peminat. Selama ini orang mengenali Indah Ruhaila dengan lagu-lagu bersifat ‘dark’ namun kali ini sedikit berbeza.

“Sebagai penyanyi, saya berharap karya kali ini mampu memberikan sesuatu yang baharu dan segar kepada peminat memandangkan ia bersifat easy listening dan mudah diterima meskipun kali pertama mendengarnya,” kata penyanyi ini lagi.

Tambahnya lagi, ALL MY HEART merupakan sebuah lagu yang sangat menarik perhatiannya saat kali pertama diberikan demo oleh Ajai beberapa bulan yang lalu.

Kisah tentang sebuah pengharapan dalam satu perhubungan dijadikan asas kepada lirik yang ditulis dan Indah menganggap sesiapa sahaja perlu berusaha keras untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan.

“Saya masih ingat lagi kali pertama mahu bekerjasama dengan abang Ajai. Dia ada memberikan dua pilihan lagu tetapi saya lebih tertarik dengan lagu ALL MY HEART ini meskipun satu naskhah lagu tak kurang hebat.

“Mungkin kerana melodi yang mudah didengar dan lirik yang lebih straight forward membuatkan saya terus bersetuju. Semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, Ajai banyak memberikan tunjuk ajar dan pelbagai ilmu baharu kepadanya sepanjang proses rakaman dan itu sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepadanya.

Sepanjang proses rakaman juga, Indah banyak memberikan input baharu bagi ‘mencantikkan’ lagi proses rakaman- sesuai dengan dirinya seterusnya menyempurkan ALL MY HEART seperti mana yang dirancang.

“Besar harapan saya untuk lagu ini terus mendapat tempat sebaik sahaja dilancarkan hari ini. Harapnya peminat suka dan terus memberikan sokongan kepada saya sampai bila-bila,” tambahnya lagi.

ALL MY HEART dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos 2022. Muzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music bermula jam 3 petang. Lagu ini merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan didarkan oleh Indigital Music.

The post All My Heart Buah Tangan Baharu Indah Ruhaila, Tampil Dengan Lagu Lebih Segar & Easy Listening appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.