Ads Top

Amber Eksklusif Casual Wear Tampilkan Koleksi Premium Terbaharu ‘Somewhere Somehow Someone’

Dunia fesyen tempatan menerima sentuhan kemewahan baharu apabila Amber Eksklusif Casual Wear, jenama di bawah Usanita Sdn Bhd mempersembahkan koleksi premium terbaharu mereka, Somewhere Somehow Someone dengan melantik dua figura ternama Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah sebagai duta rasmi.

Dicipta khusus untuk golongan T20 yang mendambakan fesyen kasual berprestij, koleksi ini menggabungkan rekaan moden kontemporari, fabrik premium serta kemasan eksklusif yang memancarkan aura elegan dan keyakinan diri. Ia adalah manifestasi seni berpakaian yang melambangkan status, cita rasa, dan pencapaian.

Menurut Datuk Adzliana Hasan, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, pemilihan Hael dan Dayang adalah tepat kerana kedua-duanya melambangkan keperibadian serta imej yang seiring dengan DNA Amber.

“Hael dan Dayang adalah cerminan sempurna kepada DNA Amber iaitu penuh gaya, berkarisma, dan memiliki pengaruh besar dalam membentuk aspirasi fesyen.

“Mereka bukan sekadar ikon hiburan, malah lambang kejayaan dan personaliti unggul yang seiring dengan visi kami untuk menjadikan Amber sinonim dengan fesyen kasual premium di Malaysia,” ujar Datuk Adzliana.

Pelantikan Dayang Nurfaizah kali ini turut mencatat sejarah apabila buat julung kalinya beliau bersetuju menjadi wajah rasmi bagi sebuah produk tempatan.

“Dayang memilih untuk bersama Amber adalah satu penghormatan besar buat kami. Kepercayaan beliau terhadap jenama tempatan yang menepati standard antarabangsa membuktikan bahawa fesyen buatan Malaysia mampu berdiri setaraf jenama global,” tambahnya.

Koleksi Somewhere Somehow Someone tampil dengan rangkaian rekaan eksklusif yang dipilih rapi bagi memenuhi gaya hidup sofistikated, antaranya:

•   Zip Up Scuba Collar Sweater 
•   A-Line Scuba Skirt
•   Short Sleeve Polo Shirt 
•   Cascade Short Jacket 
•   Knit Cardigan 
•   Side Pleated Skirt 
•   Easy Trench Coat 

Koleksi ini akan mula dipasarkan secara terhad di butik Amber di Wangsa Walk Mall serta butik flagship yang terletak di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Selain itu, koleksi Amber boleh didapati secara online di https://ift.tt/A6MrVkG atau media sosial Amber Officials. – KopiPlanet.com

The post Amber Eksklusif Casual Wear Tampilkan Koleksi Premium Terbaharu ‘Somewhere Somehow Someone’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.