Ads Top

“Takkan Family Tree Aku Nak Letak Pic Laki Hang” – Rita Rudaini Berang Dikatakan Tidak Move On

Pelakon popular Rita Rudaini berang dengan komen seorang netizen yang mengatakan dirinya masih lagi belum move on.

Ia gara-gara pelakon itu yang memuat naik gambar family tree untuk tugasan anaknya yang terdapat gambar bekas suami iaitu Aidil Zafuan.

“Sis move on la… lelaki tu dah ada isteri anak dah. Hidup masing-masinglah.

“Nampak sangat sis tergila-gilakan si lelaki kesian tengok sis. Masih menanti benda yang tak pasti,” ujar netizen berkenaan.

Berang dengan komen berkenaan, pelakon berkenaan lantas membalasnya dengan kata-kata yang cukup pedas.

“Takkan family tree aku nak letak pic laki hang??? Tergila-gila hatok hang! Nak komen biar cerdik sikit,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang lain menyokong pelakon berkenaan dan menganggap tiada salahnya meletakkan gambar Aidil memandangkan pemain bola sepak itu adalah bapa kepada anak-anaknya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

The post “Takkan Family Tree Aku Nak Letak Pic Laki Hang” – Rita Rudaini Berang Dikatakan Tidak Move On appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.