Ads Top

Berjaya Jelajah 14 Negeri, Havoc Food Festival Dapat Pengiktirafan MBOR

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. mengukir pencapaian bersejarah apabila Havoc Food Festival (HFF) diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Largest Food Festival Tour Malaysia”, selepas berjaya menjelajah ke semua 14 negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Perlis menjadi destinasi penutup siri jelajah penuh warna-warni ini, dengan majlis penganugerahan berlangsung meriah di Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra tepat jam 9.00 malam, disaksikan oleh ribuan pengunjung.

Lebih daripada sekadar pesta makanan, HFF menjadi platform berimpak tinggi untuk para usahawan mempromosikan jenama, meningkatkan jualan, dan mengembangkan rangkaian perniagaan.

Pada masa yang sama, HFF turut merancakkan ekonomi setempat dan sektor pelancongan, seiring usaha menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Pencapaian utama HFF:
• Menarik lebih 18 juta pengunjung sepanjang siri jelajah.
• Menghimpunkan 300+ usahawan dan selebriti F&B dari pelbagai latar belakang.
• Mempersembahkan hidangan warisan setiap negeri serta menu viral terkini.
• Menyediakan zon mesra keluarga, persembahan artis popular, dan pameran usahawan mikro & PKS.
• Menjelajah ke semua negeri di Malaysia — menjadikan HFF satu-satunya festival makanan bersiri terbesar pernah diadakan di negara ini.

Penghargaan khas diberikan kepada penaja rasmi, Perfume Paradise, atas komitmen dan sokongan padu sepanjang siri jelajah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Firdaus Nadxaman, berkata:

“Kejayaan ini adalah hasil dedikasi seluruh pasukan Havoc, vendor, artis, pihak berkuasa tempatan, rakan kerjasama, dan jutaan pengunjung yang hadir di setiap lokasi.

Dari Johor hingga Sabah, dari Sarawak hingga Perlis, HFF bukan sekadar tentang makanan – ia tentang komuniti, kebersamaan, dan meraikan kepelbagaian rasa Malaysia.

Pengiktirafan ini membuktikan kekayaan budaya kulinari negara, dan kami berbangga menjadi pemacu utamanya.”

Dengan pengiktirafan ini, HFF bukan sahaja mencatat sejarah baharu, malah menetapkan penanda aras baharu bagi penganjuran festival makanan berskala mega di Malaysia – menjadi inspirasi kepada penganjur lain untuk terus mengangkat industri kulinari tempatan ke pentas dunia. – KopiPlanet.com

The post Berjaya Jelajah 14 Negeri, Havoc Food Festival Dapat Pengiktirafan MBOR appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.