Ads Top

Pelakon Veteran Abu Bakar Meninggal Dunia


Pelakon veteran popular, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah hari ini.

Berita sedih berkenaan dikongsi oleh penyampai radio, pengacara dan pelakon Sharifah Shahirah menerusi laman Instagramnya.

“Hari yang barakah, Jumaat bulan yang mulia. Takziah buat keluarga Allahyarham,” tulis Shahirah.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 25 April 1948, Abu Bakar Omar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung. 

Antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. – KopiPlanet.com

The post Pelakon Veteran Abu Bakar Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.