Ads Top

Asmidar Kongsi Pengalaman Cemas Berhadapan Ribut Ketika Berniaga Di Bazar Ramadan

Penyanyi popular Asmidar berkongsi detik cemas ketika dia sekeluarga berniaga di Bazar Ramadan ketika hari pertama umat Islam berpuasa.

Menerusi akaun Instagram miliknya, penyanyi itu berkongsi video khemah keluarganya yang berhadapan ribut.

“1 Ramadhan yang mencabar….. Terus kuat semua peniaga kecil yang mencari rezeki.

“Kejadian berlaku d Bazar Ramadhan Wangsa Maju Section 1. Tiba-tiba angin kuat datang. Habis terbalik khemah peniaga,” tulisnya.

Ujar Asmidar, dia sekeluarga agak bernasib baik memandangkan ketika itu khemah mereka baru sahaja dipakukan di jalan raya untuk berada dalam keadaan kukuh.

“Hujan tiba-tiba turun lebat dan angin ribut yang kuat memukul khemah kami. Ade yang sempat memegang khemah, ade yang tidak. Kesian mereka.

“Ade yang belum sempat rasa rezki Ramadhan, terbalik semua barang jualan mereka. Allah maha kuasa. Moga ada hikmahnya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Asmidar Kongsi Pengalaman Cemas Berhadapan Ribut Ketika Berniaga Di Bazar Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.