(Video) “Saya Lapar,” Rintihan Lelaki Tua Minta Makanan Undang Sebak Ramai

Penularan Covid-19 masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk akan pulih dalam masa terdekat. Nampaknya tempoh waktu yang lama diperlukan bagi menghilangkan wabak berbahaya itu secara sepenuhnya.
Kebanyakan negara di dunia pada ketika ini sedang menjalani perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan.
Disebabkan itu juga, ada sesetengah orang yang sangat terkesan dengan keadaan ini dan terpaksa mendapatkan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian.
Menerusi laman Twitter, tular satu video yang memperlihatkan seorang lelaki tua mengadu kelaparan.
Video yang dimuatnaik oleh Veronica Koman itu didakwa berlaku di Timika, Papua Barat dan lelaki tua itu adalah orang asli.
Rintihannya itu menyentuh hati warganet yang rata-ratanya berharap agar bantuan yang segera diberikan kepada lelaki itu.
“I am hungry…. I am hungry!”
says the old indigenous man on the land of largest gold mine in the world.
He has not received any of the food donated by the government during this difficult time.
Timika, West Papua pic.twitter.com/xB6kNeCPti
— Veronica Koman (@VeronicaKoman) April 21, 2020
Sumber: Veronica Koman
The post (Video) “Saya Lapar,” Rintihan Lelaki Tua Minta Makanan Undang Sebak Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: