Ads Top

Ustaz Ebit Lew Akhirnya Bersuara Setelah Ada Pihak Kurang Senang Tentang Usaha Beliau Bantu Orang Ramai

Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala berganda, apatah lagi jika kebaikan itu dituruti oleh orang lain.Bahkan, Rasulullah SAW sendiri juga mengajak orang melakukan kebaikan.Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat kebaikan, malah mengajak orang lain melakukan perkara yang sama.Meskipun kita bukanlah bergelar ustaz atau ustazah mahupun pendakwah, namun tiada salahnya kita mengajak orang berbuat baik kerana ia ialah amalan terpuji.

Sebenarnya, ada banyak cara untuk mengajak orang ke arah kebaikan bermula daripada sekecil-kecil perkara hinggalah yang besar seperti berdakwah kepada orang bukan Islam.Mungkin apa yang kita lakukan itu akan dicontohi orang lain, sekali gus mengajak mereka ke arah kebaikan.

Pendakwah bebas Ebit Lew pada malam Selasa telah mencoretkan ucapan maaf di laman sosial sosial Facebook (FB)nya.Ebit Lew berkata, dia memohon maaf kepada semua dan tidak berniat untuk menyakitkan hati sesiapa.

Menerusi coretan tersebut juga Ebit Lew mengingatkan dia hanya seorang mualaf yang sedang belajar mendalami Islam dan bukannya Ustaz.

Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah-ebitlew” tulisnya.

Rata-rata warganet mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi bualan ramai.Bagaimanapun mereka mendoakan agar Ebit Lew tidak berputus asa dan meneruskan jihadnya ke jalan Allah dengan membantu golongan yang memerlukan.Posting tersebut telah mendapat 190 tanda suka dengan 18 ribu komen dan 28 ribu perkongsian di FB.

Rasulullah s.a.w ialah sebaik-baik idola untuk dicontohi. Sesiapa yang mengikut amalan atau sunnah baginda pun mandapat pahala. Rasulullah mempunya sifat yang tidak ada tolok bandingannya dengan mana-mana manusia.

Kredit:Gempak FB Ebit Lew




No comments:

Powered by Blogger.