Ads Top

Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Tahun Ini – Saran Muzakarah Fatwa MKI

Baru-baru ini, Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz bin Abdullah bin Mohammed Al-Sheikh telah memutuskan agar solat sunat Tarawih dan Aidilfitri bakal dilakukan di kediaman masing-masing.

Arab News turut melaporkan bahawa, solat sunat Aidilfitri yang berkemungkinan dilakukan di kediaman masing-masing juga adalah untuk mencegah penyebaran virus ini. Ia boleh dilakukan di rumah sendiri tanpa diikuti khutbah.

Keputusan untuk melarang solat Taraweh secara berjemaah di masjid sepanjang Ramadan ini telah diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Dr Abdul Latif Al-Sheikh. Ia adalah sebagai langkah untuk menjaga kesihatan orang awam bagi mengelak penularan COVID-19 ini daripada terus tersebar.

Terkini, Mesyuarat Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) juga telah mencadangkan agar solat sunat Aidilfitri tidak dilakukan di masjid dan surau seperti kebiasaan.

Kata Dr Wan Salim Mohd Noor, MKI memutuskan agar solat sunat Aidilfitri itu perlu dilakukan di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Tambahnya lagi, rakaman solat sunat Aidilfitri dan takbir raya pada tahun-tahun lalu juga dicadangkan untuk disiarkan melalui televisyen dan radio seperti kebiasaan. Ini adalah untuk menzahirkan syiar hari kebesaran Islam tersebut.

Sebelum ini juga, umat Islam di negara ini disarankan untuk menerima alternatif bersolat Taraweh di rumah sepanjang Ramadan bagi membantu proses penyembuhan COVID-19.

Sumber:
Malaysiakini.com




No comments:

Powered by Blogger.