Salah Anggap Tentang Suri Rumah, Padahal Setiap Hari Bekerja Tanpa Gaji!
Bekerja atau suri rumah, masing-masing ada kelebihannya dan tetap mengumpul pahala. Bukan bekerja keluar mencari rezeki sahaja wanita itu dikatakan berjihad, suri rumah yang suka sedekah dan buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam pun satu jihat juga.
Penat yang berbeza tetapi kedua-duanya tak pernah habis. Yang bekerja, bersambung uruskan anak-anak di rumah pula. Jadi sama, bukan?
Tetapi jangan pula pandang sebelah mata pada golongan suri rumah yang nampak pakai biasa-biasa di rumah. Dan ada benarnya pandangan Puan Habiah Abd Kadir, jangan sampai salah anggap pada suri rumah, kecil hatinya bila ada sesetengah orang anggap mereka cuma tahu goyang kaki.
Lagi Salah Anggap Tentang SURI RUMAH
Ramai beranggapan suri rumah ni TAK BEKERJA! Duduk rumah goyang kaki gamaknya! Hatta orang terdekat kita pun duk anggap suri rumah ni tak bekerja! “Oooo duk umah jer la ya?”
Perkataan “jer” tu merujuk kepada seolah-olah low class lah dimata orang. Lagi-lagi orang kampung atau di mata sesama suri rumah yang sudah berpuluh tahun jadi suri rumah (suri rumah zaman mak kita-kita tulah)
Gamaknya suri rumah ni kerja dia kemas rumah, basuh, jemur, lipat kain, masak jer la kot. Andai setakat tu jer kerjanya… SENANG SANGATLAH!! Dalam 3 jam jer siap semua. Lepas tu goyang kaki!
Ni tak, 100% dalam rumah ni semua suri rumah kena amik tahu. Ni kak b cerita tentang FULLTIME suri rumah (yang ada anak-anak kecik) lah ni. Basuh pinggan ke, menyapu ke, mengemop ke… basuh baju, lipat ke… bukan buat 1x sehari. Tetapi SETIAP MASA! Kain baju tu kalau delay sehari jer, bertambahlah kerja jadinya! Sapu tu pula kalo just 1 x sari jer sapu, ibarat baik tak yah sapu!
Ada Masa Untuk Bercantik-cantik?
Nak bercantik-cantik? Hurm… nak gi mana? Alih-alih gi pasar atau duk menyapu depan rumah/ belakang rumah tu jer. Kekadang baju cantik pun tak ada sebab tak ada keperluan katanya. Asal ada pakaian jer cukup sebab sekadar nak amik antar sekolah dan gi pasar jer kan.
Masa gi pasar tu pula, berederetlah bawa semua anak-anak pergi sekali. Yang berdukung, yang dipimpinpun kena angkut sekali. Boleh beli sikit jerlaa barang sebab tak muat tangan dah. Kudrat orang perempuan macam mana lah sangat nak bawa banyak-banyak. So terpaksalah dia kerap pergi pasar.
Balik rumah, cuci-cuci bersih semua barang mentah tadi. Sambung masak. Kalau anak belum tidur, sambil-sambil potong sayur, siang ikan tulah dia duk pujuk anak-anaknya. Kekadang bagi susu kat anak or bagi makan dulu kat anak-anak. Kalau anak berak, berenti kejap buat kerja dapur, pergi basuh berak anak pula.
Tengahari nak tidur sekejap pun usah mimpilah kalau anak-anak tak tidur/ ada orang dewasa lain tolong tengokkan. Kalau tidur juga, nampak gaya bangun tidur tu nanti bertambah-tambah lagi kerjanya 2x ganda! Silap-silap 10x ganda!
Nak Didik Anak Lagi
Nak pastikan anak-anak jadi manusia lagi. Semua suri rumah tulah kena cek, kalau anak tak pandai membaca ke, ketinggalan dalam kelas ke, mak suri rumah tu jugak disalahkan asbab “laaahhh awok suri rumahkan, mesti ada masa ajar anak-anak awak.”
Anak-anak cakap kuat ke, akhlak tak baik ke, suri rumah tu jugak disalahkan. Anak sakit, suri rumah tu juga lah kena hadap kesusahan tu. Dialah kena jadi perawat dan peneman anak-anaknya ketika sakit.
Tapi, time suri rumah tu sakit? Dia sendiri kena ubati diri dia sendiri. Dia ibarat tak boleh sakit ni. Kalo sakit pun orang tak percaya! Yelah, selagi dia boleh bangun, boleh bercakap, itu tandanya dia diaanggap sihat. So nak tak nak, dia sendirilah kena sihatkan diri dia sendiri. TAKDE MC pun. Sehari atau sejam pun tak diberi MC. Dia bertugas jer seperti biasa.
Ni sebahagian jer lah tugas suri rumah. Kalau nak cerita, terlalu banyak… sebab itu lah suri rumah ini bukan sebarang kerjaya. Tak yah ceritalah suri rumah yang dapat kerjasama atau suami turut sama bantu tu. Tak semua orang bernasib baik macam tu.
Macam Mana Soal Gaji Suri Rumah
Untuk suri rumah yang 100% urus rumah tangga ni… BERILAH DIA GAJI. Kalau tak mampu nak bayar, tandalah ia sebagai tunggakan gaji. Layanlah dia sama taraf seperti yang bekerja bermajikan tu. Janganlah beri duit, tapi duit tulah untuk dia urus makan minum, beli kelengkapan anak, yuran sekolah anak, minyak kereta. Doh mana gaji dianya! Baki pun tak ada. Sebab tulah dia tak happy dan lama-lama boleh jadi stress dan kemurungan. Dia tidak dihargai kerana dia tidak bekerja katanya.
Sedangkan setiap hari dia bekerja tanpa cuti pun.
The post Salah Anggap Tentang Suri Rumah, Padahal Setiap Hari Bekerja Tanpa Gaji! appeared first on Mingguan Wanita.
No comments: